|

CNI ESTER-C PLUS
Pengenalan
Vitamin C atau asid askorbik, terlibat dalam lebih 300 tindakbalas biokimia
tubuh setiap hari. Nutrien ini amatlah penting, tetapi tidak dapt dihasilkan
secara sendirinya oleh sesetengah mamalia termasuklah manusia. Ini adalah
disebabkan oleh kekurangan enzim gluconolactone oksidase. Akibatnya, kita
perlu mengambil vitamin C secara berterusan daripada sumber luar.
Vitamin C sebagaimana diindikasikan oleh nama saintifiknya, ia adalah
bersifat asid. Salah satu masalah utama yang menghalang penyerapan nutrien
ini dikenali sebagai Sindrom Tolakan Asid, yang berlaku apabila vitamin C
masuk ke dalam usus kecil yang beralkali, dan menimbulkan kembung perut,
keradangan, cirit-birit serta ketidakselesaan lain.
Namun kini, hasil penyelidikan telah berjaya menghasilkan vitamin generasi
3, digelar Ester C, yang mampu mengatasi kekurangan vitamin C sebelum itu.
Variasi vitamin C ini merupakan satu-satunya formulasi yang digabungkan
bersama metabolit, supaya ia bersifat neutral dan sekaligus meningkatkan
keberkesanan produk ini. Teknik penghasilannya masih dilindungi paten
setakat ini.
Ciri-ciri keistimewaan:-
1. Keberkesanan tinggi - Selain kalsium, Ester-C digabungkan bersama dengan
threonate untuk meningkatkan pengangkutannya ke dalam sel tubuh. Ini dapat
meningkatkan kadar penyerapan, serta kadar pengekalan lebih daripada 2 kali
ganda, berbandingkan dengan vitamin C biasa. Maka, ia dapat memberikan
perlindungan yang lebih berkesan kepada tubuh.
2. Neutral - pHnya 7.0 iaitu neutral, maka tidak menimbulkan Sindrom Tolakan
Asid. Ester-C tidak menimbulkan ketidakselesaan pada bahagian gastrousus,
dan mudah diterima. Ia sesuai kepada semua golongan serta penggunaan
jangkamasa panjang.
3. Dipatenkan - Satu-satunya vitamin C yang dianugerahkan 3 paten oleh US
Commissioner of Patents & Trademarks, atas komposisi Ester-C yang unik serta
tahap biologinya yang tinggi. Formulasi vitamin C generasi 3 ini dibawa khas
oleh CNI ke pasaran Malaysia.
Kenapa kita perlu Ester-C?
Tubuh manusia merupakan suatu struktur hidupan yang kompleks, merangkumi
pelbagai sistem yang berkerjasama antara satu sama lain untuk memastikan
kita sentiasa sihat sejahtera. Malangnya, tahap kesejahteraan ini bukanlah
sesuatu yang tetap dan pada hakikatnya,
selalu berubah berdasarkan persekitarannya. Pertarungan di antara bakteria,
virus, fungus dan manusia tidak pernah berhenti.
Sehinggalah anda mengalah kepadanya. Kelesuan, kemurungan, sakit otot,
penampilan kusam, gusi berdarah, nafas berbau, lebam berlarutan, cirit-birit
dan sebagainya adalah simptom-simptom kemerosotan daya imuniti. Dengan SARS,
selsema burung, denggi dan banyak lagi serangan wabak yang tidak diketahui
dari semasa ke sama, Ester-C bagaikan payung yang melindungi anda daripada
ribut dan taufan, memberikan anda suatu perlindungan tubuh secara total.
Manfaat-manfaat kesihatan:-
1. Meningkatkan daya kekebalan
- Merangsangkan penghasilan sel-sel pertahanan
- Merangsangkan penghasilan antibody
- Meningkatkan penghasilan komponen-komponen imuniti.
- Menetang jangkitan bakteria, virus, kulat dan seumpamanya
- Mengurangkan gejala alergi
2. Memberikan perlindungan anti-pengoksidaan
- Meneutralkan radikal bebas
- Membantu dalam proses detoksifikasi
- Mencegah kejadian penyakit-penyakit degeneratif
3. Memperkuatkan tisu penghubung
- Merangsangkan penghasilan kolagen
- Membina serta meneguhkan struktur sendi
4. Meningkatkan penyerapan minerals
- Menukarkan zat besi kepada bentuk yang mudah diserap.
- Membekalkan zat kalsium tambahan kepada tubuh.
- Mengaktifkan asid folik dalam tubuh
5. Mengurangkan stress
- Merangsangkan penghasilan hormone-hormon stress
- Mengawal sistem saraf pusat
Sesuai kepada:-
Skurvi, alergi, gelisah & stress, asma, anemia, luka bakar, kataraks, demam
& selsema, pencegahan kanser, sakit sendi, degenerasi makular, kekedutan
kulit, jangkitan bakteria & virus
Copyright © cni2u.com. All rights reserved.
Ini bukan laman web rasmi syarikat CNI dan sebarang
maklumat yang terdapat didalam laman web ini tidak disahkan oleh mana-mana
pihak. Maklumat lengkap syarikat CNI boleh diperolehi dengan melayari
laman
web rasmi CNI
|