|

ROYAL JELLY
SUSU LEBAH PENAWAR SEGALA PENYAKIT
Susu lebah atau lebih dikenali sebagai Royal Jelly
merupakan makanan tunggal ratu lebah, dimana seperti yang kita ketahui susu
lebah amat berkesan bagi mengubati 1001 macam penyakit.
|
Masyarakat lebah: |
Masyarakat lebah terbahagi kepada 3
kumpulan iaitu:
1.)
Ratu Lebah
2.)
Lebah Betina (Pekerja)
3.) Lebah Jantan.
Ratu lebah hanya memakan susu lebah sahaja sepanjang hayatnya dan
berupaya menghasilkan telur sehingga 3000 biji sehari. Ratu lebah
berupaya hidup sehingga 8 tahun jika dibandingkan dengan lebah pekerja
selama 50 hari sahaja. Beratnya sehingga tiga kali ganda manakala saiz
badannya pula sehingga dua kali ganda lebah pekerja. Setiap satu koloni
lebah mempunyai lebih kurang 5,000 hingga 30,000 lebah.
Lebah betina (pekerja) pula bekerja untuk menyelesaikan segala tugas
dengan membawa balik madu dan debunga dan diberi kepada lebah pekerja
muda (5 hingga 15 hari) untuk diproses dimana bahan tersebut dimakan dan
dihadamkan dan diserapkan kebahagian kepala lalu bercampur dengan
sejenis cecair yang keluar dari kelenjar faringal, maka bahan yang
keluar dari mulut lebah pekerja muda dinamakan susu lebah
Lebah jantan hanya ditugaskan untuk mengawan dengan ratu lebah sahaja
bagi menghasilkan telur pada setiap hari. |
Bahan-bahan yang terkandung dalam susu lebah:
|
|
1.)
Protein
2.)
Bahan galian
3.)
Enzim
4.)
Hormon
5.)
Vitamin A,B,D,E,dan B kompleks (B1,B2,B3,B5,B6,B7,B8,B9,B12)
Seperti yang diketahui badan kita memerlukan banyak protein, zat
galian, enzim, vitamin dan hormon untuk pembesaran, perembesan sel sel
hormon, penghasilan sel sel kulit yang baru, sistem ketahanan badan,
kekuatan tulang
serta meningkatkan kadar metabolisme badan. |
|
Bahan Tambahan: |
1.) 10 HDA - 10 Hidroksi Desenoik
Asid
Susu lebah juga mempunyai 10-HDA
yang mana asid ini dapat membantutkan proses pertumbuhan kuman barah (kanser).
2.) Peptida atau Insulin
Susu lebah juga mempunyai
peptida atau Insulin iaitu sejenis bahan yang
amat berfaedah bagi penghidap penyakit kencing manis.
3.) Kolagen
Kolagen merupakan sejenis
bahan yang terdapat didalam susu lebah dimana
bahan ini dapat membantu memulihkan kekenyalan otot otot.
4.)
Poratin
Poratin merupakan sejenis bahan yang dapat memulihkan sel sel badan dan membantu melambatkan proses penuaan.
80% kegunaan susu lebah adalah untuk wanita, memandangkan
wanita banyak mengidap pelbagai penyakit seperti :
| |
i.) Senggugut.
ii.)
Keputihan.
iii.)
Barah pangkal rahim.
iv.)
Barah payudara.
v.)
Haid tidak teratur.
vi.)
Tiada zuriat. |
Susu lebah juga berupaya mengubati penyakit penyakit seperti:
| |
i.) Kencing
manis
ii.) Migrain
iii.) Barah usus
iv.) Barah otak
v.)
Gaut
vi.) Buasir
vii.) Dan pelbagai penyakit kronik |
Susu lebah juga amat berkesan sekali bagi wanita wanita yang menjangkau usia 47 tahun dimana proses menopause (putus haid) akan berlaku. Susu lebah berupaya melambatkan proses menopause kerana bahan yang terkandung didalamnya seperti hormon dan poratin dapat membantu menghasilkan sel sel otot baru serta perembesan sel sel hormon yang baru.
5.) AsetiKolin
Merupakan sejenis bahan yang amat berguna dalam mengekalkan limpa (LIVER) agar berada dalam keadaan yang normal.
6.) 3
%
Bahan R
Terdapat kira-kira 3% bahan yang terkandung dalam susu lebah masih belum dikenal pasti. Saintis Amerika pernah membuat ujikaji dan menghasilkan sejenis bahan yang berupa susu lebah. |
|
Cara pengambilan: |
1.) Dimakan terus waktu
pagi sebelum gosok gigi
2.) Jika mengidap gastrik,
makan selepas sarapan
3.) Dilarutkan dalam madu
sebelum dicampur dengan minuman
(royal jelly hanya boleh larut dalam madu sahaja)
|
Copyright © cni2u.com. All rights reserved.
Ini bukan laman web rasmi syarikat CNI dan sebarang
maklumat yang terdapat didalam laman web ini tidak disahkan oleh mana-mana
pihak. Maklumat lengkap syarikat CNI boleh diperolehi dengan melayari
laman
web rasmi CNI
|