Kaedah mudah & praktikal untuk semua


 

 

 

 

Mohd Rizal Ramlan
+6012-695 0438

 

My Blog
 

 

Upline/Webmaster

 

Sertai forum cni2u

Powered by

asia.groups.yahoo.com

 

  Links

  Sumber informasi CNI2U

  Laman web rasmi CNI

  CNI eWeb Login

 

 

 

 

KENALI CNI

 

PROFIL

 

Sejarah CNI Enterprise (M) Sdn Bhd Bermula pada tahun 1989 apabila tiga orang usahawan bercita-cita tinggi dan berwawasan bergabung untuk membentuk sebuah syarikat jualan langsung.

Bermula dengan sebuah kedai sewa di Petaling Jaya diikuti bangunan sendiri di Ampang pada 1992, CNI kini telah berubah wajah dan maju ke hadapan dengan Wisma CNI di Glenmarie, Shah Alam. Perkembangannya selaras dengan pertumbuhan pesat CNI dengan modal pusingan berjumlah lebih RM260,000,000 pada tahun 2004 berbanding RM120,000 pada tahun 1989. Perjalanannya dipenuhi onak dan duri, namun tekad CNI telah meletakkannya di baris hadapan industri jualan langsung tempatan masa kini.
 

KILANG GMP

 

Kualiti adalah nilai terunggul sesuatu produk. Pengguna akan lebih mudah tertarik dan setia kepada produk yang mempunyai nilai kualiti unggul. Idea penubuhan kilang pemprosesan dan pembungkusan sendiri tercetus apabila pengasas CNI sedar bahawa syarikat perlu mempromosikan kualiti produk dan mengurangkan kebergantungan kepada rangkaian produk yang dibekal oleh sumber-sumber luar. Maka pada tahun 1991, Exclusive Mark (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan untuk memproses, membungkus dan membekal produk makanan dan minuman.

Pada tahun 1992, sebagai tambahan kepada makanan dan minuman dan selaras dengan perkembangan pesat syarikat, rangkaian produk CNI telah dikembangkan merangkumi kepada produk penjagaan diri, penjagaan kebersihan diri dan penjagaan kereta. Kilang Q-Pack telah ditubuhkan pada tahun itu khas untuk menghasilkan produk-produk dalam kategori tersebut.

EM dan Q-Pack telah mewujudkan prosedur jaminan kualiti yang ketat dan menjalankan pemeriksaan kawalan pada setiap peringkat kritikal proses pengilangan. Kemudahan dan standard pengilangan EM dan Q-Pack telah disahkan oleh badan-badan pentauliahan tempatan dan antarabangsa bagi memastikan pengguna menikmati produk yang terbaik daripada CNI. EM telah dianugerahkan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1999, ISO9001:2000 serta HACCP (Keselamatan Makanan) oleh Sci-Qual International Ptd Ltd, Australia pada tahun 2002. Q-Pack turut diberi pentauliahan GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1999 dan ISO9001:2000 oleh Llyod's Register Quality Assurance, UK pada tahun 2003.

PRODUK

 

CNI amat mementingkan kepuasan pengguna dan sentiasa membangun, meningkat serta menjalankan penyelidikan ke atas portfolio produk. Strategi sungguh ringkas, iaitu membekalkan produk unik dan unggul, bermutu tinggi dan berkesan kepada pengguna pada harga yang berpatutan.

Sehingga kini, CNI menawarkan lebih 200 produk berkualiti yang termasuk di dalam 5 kategori utama iaitu makanan kesihatan, penjagaan diri dan kecantikan, makanan dan minuman, penjagaan rumah, penjagaan kereta dan produk ekslusif. CNI menawarkan rangkaian produk lengkap untuk keperluan harian pengguna, tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita.

Kualiti produk adalah matlamat utama dan selaras dengan perkembangan pasaran, CNI akan terus memperkenalkan lebih banyak produk menggunakan ramuan bermutu tinggi bagi menghasilkan keberkesanan dan nilai kepada pengguna. Produk terkenal, CNI Cafe telah mengharumkan nama syarikat dan negara setelah ia memenangi anugerah 'Best of Show' daripada majalah Coffee & Cuisine di Pesta Kopi Seattle, Amerika Syarikat pada tahun 1998 kerana keunikan dan kelazatannya. Satu lagi produk unik, Kopi GinsengTongkat Ali telah meraih pencapaian luarbiasa 285 juta cawan hidangan setakat ini semenjak ia dipasarkan pada tahun 1999. Disamping itu, komitmen terhadap kualiti dan keberkesanan produk turut disokong oleh penyelidikan dan pembangunan yang saintifik, klinikal dan efisien.
 

SISTEM PENDIDIKAN

 

Sistem Pendidikan Keusahawanan CNI yang dikenali sebagai BES menjadi asas penerapan nilai dan imej profesional bagi setiap pengedar CNI. BES dikendalikan di dalam pelbagai bentuk latihan, bengkel dan kursus tetap untuk meningkatkan prestasi dan pengetahuan perniagaan serta produk di samping menguatkan motivasi dan keyakinan pengedar. Pebagai jenis alat bantuan jualan berkualiti turut dihasilkan oleh syarikat untuk membantu pengedar dalam aktiviti jualan dan penajaan mereka. Usaha dan pelaburan yang diperuntukkan adalah sejajar dengan polisi syarikat untuk sebuah organisasi berilmu dan suka belajar yang menyokong perkembangan sumber manusia, pengetahuan dan inovasi dalam mempelopori kualiti produk dan operasi.
 

INSENTIF PERNIAGAAN

 

CNI menawarkan pelan insentif yang komprehensif serta adil untuk pengedar membina sebuah perniagaan yang berjaya asalkan mereka komited, dedikasi , rajin menimba ilmu dan sanggup meluangkan masa untuk memperjuangkan kerjaya CNI. Sistem insentif CNI terbahagi kepada ganjaran kewangan dan bukan kewangan berdasarkan 4 ciri istimewa Rancangan Perniagaan CNI iaitu Adil, Praktikal, Akumulatif dan Pengagihan Keuntungan. Ganjaran kewangan yang ditawarkan antaranya keuntungan runcit di atas jualan, Tabung insentif kereta, Tabung insentif rumah dan pelbagai jenis bonus bulanan yang nilainya berbeza mengikut pangkat dan prestasi pengedar. Ganjaran bukan kewangan pula terdiri daripada pelancongan dalam dan luar negara, insentif pendidikan anak-anak pengedar, sijil, penganugerahan pin serta siaran gambar pengedar di dalam majalah bulanan CNI NEWS sebagai pengiktirafan kenaikan pangkat mereka.
 

SISTEM PENGEDARAN

 

Sehingga Mei 2005, CNI Enterprise mempunyai jumlah pengedar seramai 310,841 orang dan 88,761 daripada mereka merupakan pengedar aktif yang berada di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Cawangan CNI di Sabah dan Sarawak memudahkan lagi perkembangan perniagaan dan usaha menembusi pasaran Malaysia Timur. Peranan dua cawangan ini termasuklah melaksanakan kegiatan pemasaran dan jualan syarikat, menyediakan latihan jualan, logistik dan sokongan pergudangan.

Ibu Pejabat CNI dan cawangan-cawangannya turut disokong oleh 70 pusat pengedaran, 133 buah stesen jualan dan 25 buah salun kecantikan profesional (sehingga Mei 2005) yang terletak di bandar-bandar utama Malaysia, Singapura dan Brunei. Jaringan perkhidmatan dan pengedaran yang menyeluruh ini adalah kelebihan sistem pengedaran CNI dalam memenuhi keperluan pengedar serta pelanggan dan menjadi sumber kecemerlangan kerjaya CNI.

Pengurus Agensi Intan Jutawan adalah pangkat tertinggi di dalam kerjaya CNI. Sehingga September 2005 CNI telah berjaya melahirkan 40 Intan Jutawan daripada pelbagai latar belakang. Mereka adalah bukti keberkesanan sistem CNI dan keluhuran kerjaya CNI. Ikutlah jejak kecemerlangan mereka, percaya kepada CNI dan anda juga pasti berjaya bersama CNI.

 

 

 

Laman Utama | Kenali CNI | Produk | Marketing Plan | Konsep 100PV

 4 Langkah RM22k | Testimoni Kejayaan | Daftar Online | Hubungi Kami

 

 

Copyright © Cyber Ant Network. All rights reserved.

Ini bukan laman web rasmi syarikat CNI dan sebarang maklumat yang terdapat didalam laman web ini tidak disahkan oleh mana-mana pihak. Maklumat lengkap syarikat CNI boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi CNI